Wednesday, March 30, 2011

Ku jejaki, dia sudah berlalu pergi

Salam semua rakan2 yang masih sudi menziarahi shima di sini.

hari ni shima sebenarnya tak sabar untuk berkongsi "si cantik batik Nikko"

boleh dilihat selain coklat yg menjadi warna utama, ada juga warna2 lain yang menyerikan tureen ini shima sebenarnya ingin mengucapkan terima kasih kepada encik sharif kerana atas budi bicaranya sudi melepaskan tureen ini kepada shima walaupun agak mengambil masa... emm sebenarnya shima sudah terjumpa dengan kaum kerabatnya di AM, bulan lepas, sebelum shima ternampak tureen ini, shima sudah terjumpa oval plate nya yang memang cantik penuh corak seperti tutup tureen di atas dengan harga yang sangat berbaloi2, tapi shima melepaskan ianya pergi... kenapa ya

***

shima cuba jejaki kembali minggu lepas, tapi sayang sudah menjadi hak orang lain, menurut penjual telah dijual pada hari yang sama... walaupun tureen di depan mata, shima masih teringat Oval Plate yang sudah tiada...

***

mungkin kalau shima mendapatinya, shima terlalu memuja... ahhhhhhh, lupakan saja, walau ia masih wujud diminda dan hati shima.. semoga perasaan ini cepat berlalu pergi.

untuk kawan2 yg meminati crochet, inilah projek shima sekarang, terimakasih kepada zila, yg banyak membantu k shima membuat granny square ini... nantilah k shima cerita lagi...

***

salam sayang

Saturday, March 26, 2011

From Melaka with love

Salam semua
hari ni shima nak share sibiru yang masih memburu dan cemburu dengan ketenangan yang ada pada shima,
berazam untuk kurang memburu tapi tewas lagi dengan penangan sibiru


taraaa.... memang cantik
nilah masalah dalam hidup shima ni,
shima suka kalau sesuatu benda tu ada 2, kalau boleh, selalunya 1 je...

akhirnya sampai juga hajat di hati tapi selalu shima nampak
di negeri P tapi yang shima beli ni di negeri M,
terima kasih Nita, macam nak lagi je..huhu
(sapelah nak jadi my sponsor or my sugar di)
***
salam pagi

Thursday, March 24, 2011

Rina - 1st time Primrosetouch giveaway

Salam semua, jom joint giveaway Rina
k shima kenal Rina ni dalam craft, pakar buat crochet, rasanya seni lain pun sama... boleh singgah blog rina nanti ya, ada link kat bawah


Syarat-syaratnya mudah aje:
1) Mesti jadi follower blog rina - http://primrosetouch.blogspot.com/ - dah k shima masuk dalam bahagian sewing area
dan http://musbarina.blogspot.com/ - dah masuk dalam shopping time
2) Linkkan blog rina dalam blog anda
3) Buat entry ringkas tentang GA ni dalam blog anda
4) Utk yang tiada blog tetapi ada FB, sharekan link GA ni kat wall anda..bolehlah tagkan pada kengkawan yang tak kisah kene tag..he3
5) Sila tinggalkan link anda dalam comment blog rina...mintak sgt2 jangan guna shoutbox..tq
6) Komen anda tentang blog rina.. dalam primrose touch ok.. tq



Wednesday, March 16, 2011

Berperang...

Salam semua,
shima nak share, hari ni shima masih berperang dengan pinggan mangkuk

lambat

terkial-kial

yang ni pun nak buat juga, baru siap dua round

yang ni pembuka selera...
jom makan dah lapar...jauh datang udang ni dari sarawak, bingkisan kakak ipar

salam sayang

Sunday, March 6, 2011

Blue trio...

Selamat malam semua
sambil berehat selepas penat seharian buat kerja...entah apa-apa entah kerjanya
last last sama juga... tak siap siap huhu
masih lagi demam biru, pantang nampak
shima suka dengan scenery, sejak 2 menjak ni, rasa-rasanya yang selalu chit-chat dengan shima dah faham

gambarnya shima tak amati lagi,
emm baru sesi basuh membasuh, dah 2 hari kerja shima tu je.. membasuh barang2 lama... tengah cari tempat parking

yang ini, edisi syok sendiri, posing sikit dengan crochet, ha ha ha, ini je yang ada

ini pun sama, jangan muntah cukup, FA yang shima buat dulu, dah lama tak buat FA ni, macam gian juga, tapi seperti biasa, seharian hidupku penuh... kerja2, non-stop... nak buat FA ni memakan masa... he he, walaupun tak secantik mana, tapi masa tu kena lebih juga, prosesnya yang lama...
***
nantilah kalau ada rezeki, shima posingkan complete teaset yang dah di mix and matchkan.
setakat ini dulu, edisi syok sendiri

layan
Salam sayang


Redup...


Salam sejahtera, nak share dengan kawan2, taman kecik kenot shima, he he bukan shima yang jaga tetapi bonda...


pokok sepit udang ni pun usia dah lama 10 tahun, mudah dijaga
sentiasa beranak, cuma ia perlukan sokongan supaya tak mudah tumbang

pokok bunga ni pun dah lama, nama shima tak tau, tapi shima selalu snap gambar pokok ni, sebab cantik suka sangat, baunya wangi, tapi kalau dah jatuh kelantai, warna hitamnya susah untuk dihilangkan. bunga ni shima beli di tasik perdana dulu, masa pameran taman dan landskap kebangsaan, tahun dah tak ingat

***
oops tarikh kat gambar tu abaikan sahaja, camera problem

salam sayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015