Monday, May 23, 2011

lapar aje

Salam semua,
hari ni shima masih nak share menu yang shima masak
simple aje, sayur shima masak kangkung air aje
air pulak cuma "sky juice", kurang sikit manis2

my fav, ikan selar besar berlada, cili padi kena lebih sikit, baru dapat mulut "botox" yang semulajadi...he he tak yah inject

sambal udang ni, kegemaran bonda shima, shima dah start pantang seafood ni,
so tengok ajelah.

hari ni shima dah masak
nanti kalau rajin shima update.


jom makan, bismillah...


Saturday, May 21, 2011

Teko kecik kenot





Selamat,
selamat ku ucapkan padamu,
semoga kau bahagia dengan pilihanmu,
selamat,
ku pinta izin pergi dahulu ...
***
emm dah lupa dah lirik lagu ni, yang seangkatan dengan shima mesti pernah dengarkan

hari ni shima nak share teko kecik kenot
(anak sedara shima panggil cam ni, mak shu dia pun ikut la)
***

jom layan,
aktiviti craft lain shima MALAS sangat nak buat,
nantilah one sweeeeeeeeeeeet day...
semuanya ada dalam kepala je
bilalah nak direalisasikan


Thursday, May 19, 2011

langgar pantang

Salam semua,
hari ni masih berkenaan makanan lagi
shima n3 ikut mood, maksudnya sekarang asyik nak makan

lauk hari ni, masak lemak paku dan kerang
perrghhhhhhhhhh dah rasa, tak sedap...he he tak rasa garam
sebab shima bila masak, tak suka rasa.
tunggu sehari dua lagi kot, baru sebati rasanya...kih3

sambal belacan dan ikan masam, emm dah lama tak makan

air oren hasil air tangan somi(tq laling) sebelum pergi kerja dan cup cake pemberian murid sempena hari guru, tapi shima tak makan, somi tolong makan kan, shima ni bab2 cake dan puding memilih sikit, tekak orang lama.
***
oops nak share set pinggan ni shima beli masa nak sambut pengantin baru..he he encik somi ke dalam hidup shima, kenangan juga tu, maksudnya dirasmikan oleh encik somi
***
walaupun habis sepinggan godang, rasa tak selera je, sebab makan sorang2.
malam ni kena sediakan ubat gatal sebab dah langgar pantang,
sejak usia makin remaja ni, lauk2 seafood semua dah tak leh makan.

Jom jemput makan selagi boleh....

Tuesday, May 17, 2011

1315

Assalammualaikum dan selamat petang
hari ni shima nak share makanan tengahari, walaupun makan pada pukul 6.20 petang,

sambal petai cili padi, shima asingkan ikan bilis ditepi sebab nak bagi rangup

masak asam tumis ikan parang

he he, yang ni saje je, nak interframe, pinggan yang paling shima suka.
beli tahun 1990 an, rasanya buatan Indonesia


***
tajuk tu sebab shima kena dial 1315,
maaf ya internet shima lembab sangat, upload dari zohor sampai asar pun tak tentu gambar boleh keluar
so maaf sangat2 ada komen yang shima tak dapat jawab, asyik2 error, begitu juga kalau gi komen rumah kawan2..error memanjang
***
yang ni pun alhamdullillah sempat upload, dah gian sangat nak bern3
ok setakat ni dulu

salam sayang

Wednesday, May 11, 2011

Kau memyinari hidupku...

Salam sayang semua
lama tak bersiaran, banyak benda menghalang
kesihatan, kerja dan lain2

dah lama nak share teko ni, tapi tunggu pak we shima buat "plastic surgery" dulu..
he he...

Sunshine teko dan cawan tanpa piring

teko yang tak sangka dapat walaupun cedera semasa dalam perjalanan, tetap cun
terima kasih kepada yang sudi menjual dengan shima


cawan bujang tanpa piring
ada tak kawan2 jumpa piring cawan ni
inform shima ya, tak sabar nak disatukan dengan sibujang ni.

terima kasih sudi singgah sini
lain kali shima sambung cerita lagi

papai


Thursday, May 5, 2011

Tanda2 perlu berhenti...

Salam dan selamat malam
dah nak tidur kawan2
shima masih ada list kerja yang perlu diselesaikan

jom layan koleksi peribadi shima ni
teko jenis apa pun tak tau, dah posing pun tersasar dari jurukamera yang "professional"

sugar pot yang retak dan menanti belah, cedera parah dalam perjalanan ke teratak shima
dan creamer yang comel sangat, dari johor
cawan yang datangnya dari pahang
piring ni dari perak kot
***
sebenarnya shima snap gambar ni untuk jual
tapi sayang pulak, memang cantik
shima beli dah lama pada tahun lepas, tapi selepas dapat sugar pot yang cedera,
hati shima hancur berkecai...huhu, sebab sebelum tu beli online, tak pernah dapat yang cedera
tapi sejak hari tu, macam berjangkit2 pulak, memang ada barang yang sampai lagi, cedera parah.
walaupun kadang2 bungkusan dah mantop, shima redha (bunyi macam baik je kan0
... dah rezeki shima macam tu...
huwaaaaaaaaaaaaaaaa (dalam hati je)
***
mungkin dah sebagai tanda, supaya shima berhenti membeli, banyak juga tanda2 lain, he he beli kat depan mata pun ada yang cedera, yang shima tak perasan, sebabnya selalu nak cepat. duit makin pupus, bonda shima pun dah bising barang2 tak kemas.
kalau tengok pun tau shima posing atas lantai je, lepas tu tak kemas...
***
tapi bila ingatkan kesusahan nak lengkapkan set ni sayang seribu kali sayang.
koleksi peribadi yang shima jual tu pun shima pejamkan mata dan keraskan hati, tapi shima pasti puan barunya pasti lebih menyayanginya nanti (syahdu lah pulak).
pasal pinggan pun nak jiwang.... kih3
hanya jauhari yang mengenal manikam (maksudnya orang yang tau je tau).

oklah sampai sini dulu, sementara internet shima OK.... dah berapa minggu KO


Salam sayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015