Saturday, November 26, 2011

Selamat menyambut maal hijrah


Assalammualaikum dan selamat menyambut maal hijrah


antara yang perlu shima siapkan di tahun baru ni
tapi masalah penyakit bahu dan tengkuk buat projek shima banyak tergendala
mungkin terlalu banyak menggunakan mouse di computer.




cawan gergasi yang shima ada
besar, rasanya cukup untuk 2 cawan biasa


semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas


Thursday, November 24, 2011

Bila sirih pulang ke ganggang


Assalammualaikum dan selamat pagi
hari ni shima nak share sirih yang emak shima tanam
memang subur sebab apa yang mak shima tanam semua jadi

tangan shima tak jadi..jadi kat lain



walaupun kawasan belakang ni kecil tapi mak shima manafaatkan sepenuhnya.
cantik menjalar kat dinding... hijau


ni pula tepak sirih, tapi bukan yang lama, baru
koleksi emak shima

yang ni cushion pengantin, semasa emak shima berkahwin dulu
katanya emak dan mak ngah shima yang tekad cushion ni...
ini je pun yang tinggal


sehingga bersiaran lagi


Monday, November 21, 2011

Tutup tureen

Assalammualaikum dan selamat malam
sana sini bola

shima masih melayan hobi shima
jom lihat 3 kuntum ros yang berbeza diatas penutup tureen ni





kalau ada kawan2 yang ada mangkuknya, teko dan cawan
roger2lah shima ya

terima kasih
papai


Wednesday, November 16, 2011

Why me...


bersiaran lagi
entry disini sebenarnya memberikan salah satu motivasi kepada shima.
satu persoalan yang memang menjadi persoalan shima ketika ini...

Why me...


emmm bukanlah ujian yang berat dan besar,
terlalu banyak rahmat dariNya yang shima tak mampu hendak balas.
Mungkin usia yang sudah menginjak, tapi shima bukan bola...
walau shima selalu bersikap positif...hati shima tersentuh.
balik ke rumah terus tengok koleksi kesayangan shima...
ngeh.. ngeh..ngeh.
terus jadi lupa ingatan... he he he, shima kembali ceria

salah satu terapi...
jom share koleksi red transferware shima..

sugar pot
mason's - gambar macam seorang lelaki memberi bunga kat seorang perempuan
tapi ada 2 orang perempuan... confuse... mungkin seorang lagi tu pembantu.

pandangan dari atas
pattern pada penutup dan tangkai simple, tapi sweet

sugar pot britain castle

creamer yg comel


dulang berbentuk empat segi





jom share

Monday, November 14, 2011

A Sommerset Cottage

Assalammualaikum dan selamat malam

kepada pecinta2 cottage ya dan country style, bukan kepada pecinta2 wanita

sebenarnya shima nak share ranting kayu yang cantik ni,
sesuai untuk hiasan dan dibuat hantaran juga


cottage yang sangat cantik sebab ditumbuhi pokok berbunga di kelilingnya


dikelilingi dengan bunga ros kuning
perrghhhhhhhhhhhh, cun sangat3

yang ni edisi syok sendiri ya


jom layan

Sunday, November 13, 2011

Kerusi idaman

Assalammualaikum dan selamat pagi

semasa berkursus di Melaka, on the way nak ke Bandar Hilir,
shima dan kawan (k sham) , kak sham ni yang driver, dia minat perabut moden
shima... ala2 country
kami singgah kat kedai recycle ni..
tapi kerusi ni bukan recycle

pengsan dan macam nak menjerit je
sebab kerusi makan idaman shima ada di sini, kat sejam shima duduk kat kerusi tu...
kalau orang tua2 cakap... macam ulat kot... tak senang duduk... huhu
rupanya bila tanya dah dijual pun...
huwaaaaaaaaa

memang cun kalau digandingkan dengan hutch and butch shima yang warna putih,
oh duniaaaaaaaaa kenapa terlalu kejam..
kalau available pun, rumah shima dah tak muat nak letak walau satu kerusi pun
sedih3

nasib baik tak ikut giler shima
kalau time giler rasanya shima dah beli... huhu


yang bawah ni pun shima minat, masih ada lagi.... huwaaaaaaa
lagi sekali, sebab harga pengangkutan ke kl sama dengan harga set kerusi ni

nasib baik masih waras
alasan mudah aje, sebab nak letak kat mana


waras...waraskah shima
dalam hati nak jugaaaaaaak


Saturday, November 12, 2011

Berkursus di Melaka




Assalammualaikum dan selamat malam

berkursus di Melaka, sempat jalan ke jonker street
tapi jalan macam ribut je
so ni jelah yang sempat shima snap, tiles .. jalan pun satu lorong je.
tumpang kawan


jom cuci mata

Thursday, November 10, 2011

A friend is need as a friend indeed

Assalammualaikum dan selamat malam
hari ni shima nak share purse yang sangat shima minat dan dah lama cari
warna pun warna-warna kegemaran shima

tapi bukan untuk shima
untuk sahabat shima, cik sue yang muda sangat2 dari shima.

bila kami bercakap, kadang2 orang tersalah tafsir macam bergaduh.
ada kadang2 tegur ingatkan baru berjumpa, sebab bercakap macam dah 10 tahun tak berjumpa.

yang penting ada "give and take"
dalam persahabatan

hari jadi sue, dah lama, tapi sebab nak cari yang pekenan di hati shima ni susah sikit,
baru jumpa semalam, comelkan...
warnanya yang paling shima suka... huhu

just for u
my dear friend

Wednesday, November 9, 2011

I'm not your superwoman

Assalammualaikum dan selamat malam
bersiaran lagi, line internet shima baru ok selepas cedera selama hampir 5 hari
huhu

oklah hari ni shima nak share juadah hari raya yang lepas
sempat ambil masa dalam kuali je, masak sehari sebelum raya,
masak sorang2, so kenalah cepat

kuah kacang, fav shima

atas ni nak masak rendang kuning ayam
shima goreng dulu ayam tu separuh masak, nak tos airnya sebab nak makan esok
takut basi.
yang dah masak tak sempat nak snap.

rendang daging.

tajuk di atas, he he saja je sebab teringat pulak lagu fav shima,
zaman dulu dulu.



i'm not your superwoman
if you don't want me to be



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015