Tuesday, December 20, 2011

Mini doily pink crochet

Assalammualaikum dan selamat tengahari

dah lama menyepi
tak ada aktiviti yang best... banyak aktiviti termenung sana, termenung sini
so semalam shima jumpa pattern di atas di Lacy Crochet .

cuba pula pattern bunga ni, dah lama mengidam nak buat.... malas menguasai sifat rajin
pattern ni boleh didapati di sini Happy in red




sebab crochet ni mini, tak tau lagi nak letak bunga kecil tu diatas atau dikeliling doily crochet tu.
tunggu.


Tuesday, December 6, 2011

Granny crochet... here I'am..

Assalammualaikum dan selamat malam
apa projek hari ni ya... hari ni produktiviti shima menurun... mungkin tak gi window shopping kot atau dah tak ada $$$... mood pun slow

tengok ya, apa yang shima buat hari ni selain dari shopping di internet...
macam dah jadi satu penyakit...
siapa boleh tolong...huhu

"tolong ingatkan saya"... teringat pulak lagu Ana Rafalie
oklah mula2 shima buat yang ni

lepas tu tambah border
sebenarnya sepatutnya border tu warna off white
tapi semua orang tau kan benang ni walaupun code sama,
warna boleh berubah 45 darjah.

ok tu je yang sempat shima buat border... dan granny square shima tak cukup lagi,
sebab berangan nak buat blanket. tapi yang best dah ada bakul untuk crochet,
macam gadis ayu je kan bila bawa bakul ni gi tepi pantai ke, lepas tu jahit crochet...
pakai baju gaun2... ada hairband ribbon.

ngeh3... selalu berangan...
dah nak jadi granny pun tak insaf2.

GRANNY CROCHET
here i'am
rock u like a ...



Monday, December 5, 2011

Waiting list 1... done

Assalammualaikum dan selamat malam

Akhirnya siap juga doily shima ni.

mesin jahit yang banyak berjasa.
cabaran pun banyak, tempat tahan benang tercabut la,
jarum patah la, benang putih habis pulak.

taraa, cukup 3 layer, dah lama beli lace ni...
penat juga keluar masuk barang untuk kemas.

dan doily kecil ni bentuk empat segi, siap juga untuk 4 layer.

cuma bucunya je shima belum mahir untuk cantumkan.
dah menjahit pun setahun sekali pun dah bagus.

oklah, waiting list 2 menunggu
tunggu... sambung esok ya.


papai


Sunday, December 4, 2011

For misa

Assalammualaikum dan selamat petang
alhamdullillah, sempat siapkan... dah dekat 1 bulan setengah
teruknya shima... mood memainkan peranan yang penting...
emmm.... tapi tak habis lagi, touch up, varnish dan pasang cangkuk..

harap misa suka
terima kasih



Saturday, December 3, 2011

Waiting list


semoga ceria di hari sabtu ni
shima memulakan tugas seharian seperti biasa
banyak betul waiting list shima yang menanti
yang wajib, yang sunat...

antaranya yang waiting list yang cari penyakit

jom intai

my crochet

my patchwork
dah dekat 2 tahun

my x stitch
rindunya nak menjahit semula.
dah bertahun2 tak siap

my doily
berangan nak buat sendiri
yang simple je..


semoga boleh siap
due date.... biarlah masa yang menentukannya


so kawan2, banyak tak yang tak siap lagi
jom share...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015