Assalammualaikum dan selamat pagi
dah pagi pun, mata tak mengantuk lagi...huhu
hari ni shima share kan ripples shima yang dah hampir nak siap,
shima combine kan warna pink dan turqoise, hari tu shima kata biru kan, shima dah buta warna rasanya,
sebenarnya ripples ni adalah projek SWAP, di Yarn lovers group di facebook, kenapa shima joint, sebab shima tak pernah buat cushion cover crochet sebelum ni, nak belajar, so kena joint juga, sebab kalau tak paksa buat confirm memang tak buat,
mula2 buat memang seronok dan excited, tapi dah pertengahan dan nak habis, kaitan shima dah senget kekanan... sebelah kanan dah ke kanan, sebelah kiri pun dah kekanan, emm kena block, itu pun shima baru belajar baca, dari fb juga, tak mula lagi
masalah lain, macam mana nak sambung crochet ni jadi macam cushion cover, bulu2 tu macam mana nak selindungkan, shima ni takut bab2 sambung menyambung ni, takut terbuka, sebab tu bila nak putuskan ikatan shima ketatkan......huwaaaaaaaaaa.
sebab kalau baca2 ayat2 dalam tutorial crochet, shima memang tak faham 200%.
sesiapa boleh toloooooooooooon... ,mok cik...
kenapa, sebab, shima dah giler semula ke hobi lama shima, giler kain,,,, ada kain ni yang sampai shima suka, dan ada yang kurang suka, emmm macam tulah kan kalau kita beli online, kualiti kita tak berapa tahu.
redha jelah.
projek, masih angan2,,,,
teringat pula lagu Raja Ema, angan2 bila mencari pasangan,
....
Salam sayang