Assalammualaikum dan salam sejahtera
emmmm mabuk... hari ni shima nak share kemabukan shima sejak 2 menjak ni, bukan mabuk yang tuuuuu atau pun mabuk lagi satu tu... tuuuuuuuut....he he
shima sekarang tengah mabuk dengan warna biru nih
shima kumpulkan bersama dari pelbagai negeri dan daerah, mereka semua dah bertandang di rumah shima. shima letakkan di laluan pintu masuk kebilik...
so setiap hari memang shima akan lintas hormat pada sibiru ni dan tabik spring sambil menjeling
cantik bila dah jumpa sugar potnya walaupun tak sempurna
tureen dari nita melaka, tq nita, memang k shima menghargai sangat, muaaaaahs
yang ini memang berbaloi
terima kasih banyak2 oshin, dah lama mengidam yang ni, mabuk k shima dah kebah sikit... he he sikit je
terima kasih oshin... muaaaaaaaaaahs juga
***
***
pernah shima sampai tertidur depan komputer dari pukul 10.30 malam hingga 4.30 pagi, sebab nak tunggu kawan2 nak upload barang untuk dijual... he he, tulah mabuk namanya
sedar2 dah suboh...
sedar2 dah suboh...
emmm
shima nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat
TAHUN BARU 2011
semoga hidup kita diberkati dan dirahmatiNya
banyak azam ni... insyaAllah ditunaikan, amin
begitu juga kepada kawan-kawan
salam...























hari ni shima nak share doilies yang pertama shima buat, masa balik kg hari tu, yg tengah shima buat, yang bahagian tepi biras buat dan terakhir border dia tu shima buat. kalau tengok bentuknya memang keremut sebab tangan kami tak sama, biras buat longgar, shima buat ketat sikit..dah macam topi jadinya, bila dah gosok, nampak ok sikit. tapi shima paling suka bahagian tepi tu, walaupun susah tapi cantik macam lace. kalau kawan2 perasan tertinggal satu step. malas dah nak buka, so biarkan jelah











