Sunday, October 17, 2010

Jom naik kereta kuda... jangan jalan kaki

Assalammualaikum dan selamat petang semua
penat berjalan-jalan di hujung minggu, shima hari ni lepak je kat rumah dan pergi menghadiri majlis kahwin, itu sahaja aktiviti hari ni, penat juga kalau setiap minggu berjalan (sebenarnya dah tengah bulan, kalau tidak ligat...he he)
***
hari ni nak share dengan kawan2 yang sama minat
pinggan corak scenery pulak, dulu first time shima tengok gambar scenery ni, teringat di Hankyu Jaya, chow kit road, canggih shopping complex bagi shima pada masa tu, senang je jalan kaki dari kg baru, sekarang dah tutup, kenapa tak beli, masa tu muda belia sangat, suka koleksi yang kecil2 je.
rasanya dah tau kan beli kat mana, cantik sangat pinggan2 ni bagi shima
walaupun retak seribu, pinggan lama jenis ni memang macam tu.


shima gabungkan dengan cawan dan teko homestead yang beli dengan orang Perak

Corak pada teko

Corak pada tepi piring... sweetkan
Corak pada pinggan
***
orang dulu-dulu memang pengangkutan kereta kuda... he he kat negera sanalah, teringat pulak cerita "LITTLE HOUSE IN THE PRARIE"
***
oklah, tu je kenangan yang nak diceritakan petang ni...
tapi pssst,,, kalau dapat teko cawan dan tureen atau oval platter yang sewaktu dengannya, beritahulah shima
boleh leleh airmata...kegumbiraan
papai


1 comment:

  1. I am not able to translate your page right now but will be back to read it when my internet is a little faster.
    But, I can see your photos and love your set of dishes!
    SO pretty!

    Nancy

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015