Wednesday, March 30, 2011

Ku jejaki, dia sudah berlalu pergi

Salam semua rakan2 yang masih sudi menziarahi shima di sini.

hari ni shima sebenarnya tak sabar untuk berkongsi "si cantik batik Nikko"

boleh dilihat selain coklat yg menjadi warna utama, ada juga warna2 lain yang menyerikan tureen ini shima sebenarnya ingin mengucapkan terima kasih kepada encik sharif kerana atas budi bicaranya sudi melepaskan tureen ini kepada shima walaupun agak mengambil masa... emm sebenarnya shima sudah terjumpa dengan kaum kerabatnya di AM, bulan lepas, sebelum shima ternampak tureen ini, shima sudah terjumpa oval plate nya yang memang cantik penuh corak seperti tutup tureen di atas dengan harga yang sangat berbaloi2, tapi shima melepaskan ianya pergi... kenapa ya

***

shima cuba jejaki kembali minggu lepas, tapi sayang sudah menjadi hak orang lain, menurut penjual telah dijual pada hari yang sama... walaupun tureen di depan mata, shima masih teringat Oval Plate yang sudah tiada...

***

mungkin kalau shima mendapatinya, shima terlalu memuja... ahhhhhhh, lupakan saja, walau ia masih wujud diminda dan hati shima.. semoga perasaan ini cepat berlalu pergi.

untuk kawan2 yg meminati crochet, inilah projek shima sekarang, terimakasih kepada zila, yg banyak membantu k shima membuat granny square ini... nantilah k shima cerita lagi...

***

salam sayang

8 comments:

  1. e...minat juga crochet nie, tp teknik2 yg tertentu tak master lagi...boleh tuntut ilmu dgn kak shima....hehehe...

    ReplyDelete
  2. na, kshima pun belajar dengan zila dan u tube, bahagian penyambungan masih fail lagi..huhu

    ReplyDelete
  3. Shima, KD tak reti bab pinggan mangkuk ni.... tapi KD memang tergoda dengan Niko tu dan warna dan corak nya yang menarik dan intricate design yang amat exclusive..... cantik!

    ReplyDelete
  4. Kak Shima nak buat apa granny square tu? Tak sabor nak tengok. :)

    ReplyDelete
  5. K Dee, memang cantik... dan detail lukisan tu, serta colornya menawan... tq k dee, dah minat coklat k dee..he he rasanya semua cantik

    ReplyDelete
  6. yati, berangan blanket...huhu, kalau dah letih buat yang kecik jelah jawapnya.. ;)

    ReplyDelete
  7. va va va.. granny square tu sangat cantik tau.. color yang sungguh menggoda jiwa ragaku..

    akak.. lama tak singgah sini.. akak pekabo?

    blanket ke kak? wow.. kalo x dapat blanket, sarung bantal pun okey. bleh tayang kat ruang tamu.. :) blanket dlm bilik jer... hehehehe

    ReplyDelete
  8. zila, k shima tengok dalam blog mia ladiv, kombinasi warna tu, berangan buat blanket, tapi baru sempat buat 8 keping je... tengoklah kalau rajin tambah, kalau tak, buat kecik je

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015