Assalammualaikum
tulippar ni sebenarnya nama bunga tulip, dalam bahasa itali kot kalau shima tak silap, kalau silap maafkan hamba ya
mula2 buat yang bahagian tanah tu shima guna benang color meroon, single stitch, rasa best je sebab benang ni kenyal. macam nak beli lagi.
lepas tu buat daun, baru rasa hodoh, guna double crochet, nampak benang gemuk tu dah timbul, dan color hijau ni, lime green, shima tak suka, shima suka warna olive green, masa beli tak perasan... online lah katakan, gambar kat skrin tak sama dengan di luar, huwaaaaaaaa 4 buku pulak tu beli...
masa buat bunga ni lagi seksa dahlah guna jarum mata kasar, tapi 4dc nak masuk dalam satu lubang.
cuma warna pink tu dah diseimbangkan dengan warna hijau.
mula2 nak buat blanket, masa jahit tanah, masa jahit daun rasa buat mafla je lah, masa jahit bunga, buat tali pinggang jelah.... he he, makin malas pulak, sakit tangan shima yang comei nih... huhu
sebaris bunga tulippar
berhenti setakat ni dululah ya,,,
Rindu pulak dengan mesin jahit shima ni, miss u...
baru dapat berita tadi shima dah dapat cucu saudara yang pertama, (kena panggil shima Nek Su jelah)
janji nak bagi comforter baby, tak jahit2 lagi... tengoklah esok camne.
Papai