Monday, June 30, 2014

sudut istimewa rumah dicelah-celah


hari ni shima rasa sempat lagi untuk join, cabaran sioca dalam sudut istimewa rumah.
rumah ni banyak sudut yang istimewa, tapi semua bersepah, itulah yang istimewanya
cari punya cari, ingat tak, shima cuba membuat penyidai kain  buruk pada mesin basuh shima,
seolah2 merajuk ditampal, mesin basuh shima terus rosak, beli yang baru dan kemaslah kelilingnya,
sebelum ni ruang ni memang tempat letak sabun basuh, tapi diatas lantai je dan sebahagian atas peti ais.

 
 ruang antara mesin basuh dan peti ais yang telah dibersihkan,
 lepas belajar susun atur, shima kumpulkan semua detergent atas dulang antik ni,,, dulang lama
 dan penyelesaiannya shima beli rak di cosway, rempit kejap tadi, cuba susun, rupanya dynamo besar tak leh nak isi, pandangan belakang abaikan ya, tunggu que nak basuh, dah 4 hari mesin rosak... alasan
 ok susun semula guna bekas dynamo yang kecik, gigih tuang semula, ambik semula dari
kotak recycle,
kecil2 cili api
terbaik, bagi pendapat shima, sudut yang kecik boleh dimaksimakan, apa kata cuba, cuma, kalau nak murah kena dapat point (untuk member) shima guna no member, so bayar harga full le jawapnya.

Salam sayang
 

Sunday, June 29, 2014

Mengemas yang kecik2

 Assalammualaikum
gantung apa ya, shima gantung guna besi yang huruf S tu,
disebalik almari baju


 beli dimana, beli di Daiso, amik color pink dan blue
 ha, letak stoking, selalu hilang, tak jumpa,
terjumpa sebelah lah, kadang2 langsung tak jumpa bila nak pakai,


yang ni pula sejak suka beli selendang, shima letakkan satu tempat,
walau agak susah nak pakai, tapi suka corak selendang ni sebab pelbagai warna dan pattern.
gi kerja shima pakai bawal, nantilah shima share camne shima simpan tudung bawal.

Salam sayang

Monday, June 23, 2014

Feminin vs Masculine




lupakan dulu operasi menyangkut kain buruk, tak berjaya
hari ni shima nak cerita kisah macam QC,,, bukan kualiti control tapi cam queen control
 



biasanya cadar tempat tido, isteri yang pilih, sebab tu cam tersangatlah feminin, sebab shima suka pink, so banyaklah cadar warna pink
 
 sekarang bertukar ke corak lebih maskulin, tapi still petak2, sebab shima minat gingham, tengok cam corak kain pelikat je kan.
masa beli ingatkan macam patchwork, rupanya printed fabric.



shima suka alas cadar shima sebab senang bila nak basuh, yang alas dan sarung bantal basuh banyak kali, tapi cadar yang besar tu boleh basuh sekali sekala... ngeeee, sebab kalau hantar dobi sekali RM10, mesin basuh kecik tak muat
so apa yang tak lengkap ya, bantal peluk, kena buat sendiri... kalau rajinlah.... kalau

Salam sayang


Saturday, June 21, 2014

Mengemas dapur - bahagian kain buruk

Assalammualaikum

Mood mengemas datang kembali, kali ni di dapur, dah lama mencari idea.
Dapur rumah shima kecik je, laundry dan dapur basah bersatu.
So hari tu terbaca kat blog Lipstik merah yana cara nak kemas kain buruk dan beli tempat penyangkut.
Shima juga beli di Econsave, tempat paling dekat dari rumah shima, sama macam yana.
Tapi bila shima lekatkan tak melekat, rasanya sebab plastik pelekat kat belakang tu dah keras, 
nak drill, emmm dinding rumah ni dah penuh,
 
 so alternatif terpaksa beli alat pelekat, beli yang pertama double sided foam, tak menjadi
ke2 beli faber castell tack it, tak jadi juga
last terbaca dalam fb group susun atur pasal diy pelekat merah ni,

huwaaaaaaaa,,, tak menjadi juga, shima tambah lagi pelekat merah tu,,,, tunggu ya, apa jadi selepas ini.
Kain buruk kat rumah kak shima memang buruk... ngeeee.
So shima buang je, ganti yang baru, kira2 projek nak gantung kain buruk ni dah makan masa selama seminggu.  Dah mengadu kat separuh jiwa, he he, suruh berhenti jelah mencuba... ayat biasa "rentikan jelah Leman''"   pergggggggggh

Tunggguuuuuuuuuuuuu

 Salam sayang




Wednesday, June 11, 2014

From turki with love


Lama dah menyepi
suka lagi membaca blog rakan2, shima dah tahap malas yang amat sangat, rasanya semua buat kerja tak kena
meh layan benang ni dari turki, jatuh cinta dengan warna soft color yang masam
 
 shima selang selikan mix color blue dan hijau dengan solid soft pink, semua shima beli dalam 20 buku.
 so tahulah harga benang ni agak mahal antara benang yang shima pernah beli.... hampir sebelah tangan untuk 20 benang ni.

kesilapan ada di mana2,,, masa mula2 buat chain, sebab seronok sangat sampai terlebih yang amat banyak... sesuai untuk king bed, shima memang nak buat cadar, dah jadi entah apa2 entah,,, melebihi sampai ke lantai, banyak pula tu,,, nak buka balik,,, sorry,,, huhu
tunggu jelah hasilnya.
serba tak kena.

Salam sayang
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015