Friday, August 28, 2009

Block 8 - Cats and Trees

Harmony village kali ni kena buat gambar kucing, kucing ni pun dah tentu arah kedudukannya, sepatutnya sama je tiga-tiga ekor tu, tapi ada yang mengadap kiri dan kanan, nak adjust kain dah tak de. Bagi shima nak buat kucing ni dan pokok kenit kat sebelah tu mencabar juga.. sebab seperti biasa measurement mesti lari, seam allowance dah tak jadi quarter.. ikut suka je. Nee jelah hasil terbaik yang mampu dilakukan, memang kena banyak practice lagi..

4 comments:

  1. Shima
    Susah x buat patchwork bentuk2 mcm nih. Saya berminat gak nak buat patchwork..tapi tu ler kena belajar sendiri melalui buku...tu yg jadi mls. Kalu ada kawan tlg ajarkan best gak. satu ari nak kena beljar dr awak juga nih.

    Cantik2 hasil tangan Shima..rajin tul Shima dr x stitch sampai ler patchwork. Folkart lagi..fuh..memang tangan berseni.

    ReplyDelete
  2. rubi,
    jom join, shima pun start dgn x stitch dulu, lepas tu gi belajar patchwork kejap... dah lama tinggal, banyak teknik dah lupa, entahlah shima rasa susah juga sebab shima pun beginner, saje buat harmony village ni, sebab banyak corak, shima pun masih belajar lagi.

    pattern ini pun tengok dalam internet dalam blog kawan juga, try & error method. baru-baru ni je pulak semangat nak belajar folkart.. taklah boring sangat . rubi belajar dengan k nora ya? jarak jauh ke jarak dekat.

    dunia craft ni memang luas kan.. seronok mencuba. tapi shima yakin, kalau rubi cuba mesti boleh...

    ReplyDelete
  3. Shima
    Saya belajar folkart ngan En Zahir masa balik bercuti tahun 2007...curi masa sekejap. Sempat attend kelas dia 2 kali jer masa cuti tu. Lps tu start belajar sendiri melalui buku n web.

    Saya ada gak try buat patchwork yg paling simple...tapi setengah jalan pahtu dah stop.Memang nak kena curi masa gak satu hari nanti.Ni anak nak masuk 2...x tau ada masa ke x. Nak seribu daya...x nak seribu dalih kan..yg penting terletak kat hati jer benonya.Hehehe

    ReplyDelete
  4. wah ruby, dua kelas dah lukis cantik macam tu, shima pun dgn en zahir jugak, dah attend 7 kelas setakat ni, kalau ada masa nak sambung jugak, nak buat teknik bunga lain pulak.. ok kita bagi semangat satu sama lain ya.. yang penting minat mesti ada kan.

    patchwork pulak shima rasa mesti ada guru juga. shima pun nak cari guru balik, mungkin start next year, tengoklah camne.. kena buat satu persatu dulu.. masa memang cam tak de je.. kadang2 ada masa tapi penyakit M(malas) datang pulak... what to do.. Hehe :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015