Friday, July 2, 2010

Bila sudah jatuh cinta...

Assalammualaikum dan selamat malam semua
terima kasih kpd rakan2 seperjuangan (he he)..yg sudi singgah disini
dan meceriakan hidup k shima... sayang semuanya
***
nak share koleksi yang seciput ni
ini pun dapat dari inspirasi otai barang lama ni dan rakan seperjuangan
namamu terletak di atas sekali,
pastinya sakura kesayangan semua...
mula2 dapat teko dan cawan2nya last sekali dapat... maklumlah kena tunggu otai2 punya koleksi lengkap dulu..
baru anak buah boleh gi menyusun jari meminang.. he he gurau je
***
cawan tu pun dapat dari nannie yang terlebih hunting dan tasya antik.
sebelahnya juga kesayangan hamba iaitu single big ros semuanya dari cik tasya, teko dan cawan


baris tengah pula,
semuanya dimonopoli oleh two tone roses
ha ha... kenapa banyak sangat ini cawan,
mula2 shima hanya mendapat 2 keping pinggan dari ML
n3 kat blog... nak cari adik beradik, maka yang bestnya ramai informer
antik yang tunjuk jalan(bukan polis je ada SB)..he he ..jalan kebenaran...
***
1. adik Yatt... yang bg tahu Cik Mat ada jual cwn ni..terus pinang dgn cik mat dan belilah 4 set cawan ,,yg best dapat free 1
2. tasya pun offer ada cawan mulut lebar... so beli lagi
3. last sekali nannie pun offer juga cawan ni... tapi jenis lain,
terima juga... lagi pun dah rezeki kan, orang dah offer jgn jual mahal... mana tau, sebab susah nak dapatkan..hg pun ok
dan teko pun dari nannie
memang meletops betul kedai nannie ni...
***
oo ada seketul cawan menumpang kasih iaitu kekwa kuning EG dari Yatt
kena masukkan juga, sebab dia tinggal sorang je...mak dia biar kat luar dulu...comel sgt tak muat
tempat terakhir...
walaupun kedudukan ke3, tapi tetap pertama dihati k shima ialah 5 roses... yang majoritinya dari sabah dan sarawak... kat semenanjung dah habis stok masa tu...so shima beli dengan ryana dan nur dan green roses pun shima suka sangat, hanya anak2 je yang dapat isi kat dalam tu...mak2 dia bawa diri masing2... tunggu ya nanti kalau ada rumah baru
dan teratas sekali, mak-mak yang menunggu anak2nya.
(wow anak2 sekarang hantaran pun dah meningkat..ma)
***
dolly.. putih tu 4 helai pemberian ikhlas ryana masa kshima EG dengan R dulu... tqvm dik... kshima suka sangat walaupun sebelum tu almari ni tak wujud lagi, sebab k shima memang suka embroidery
***
dan k shima nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga
kepada semua yang telah melengkapkan hobi ini
secara langsung dan tidak langsung
***
he he apa lagi jom hunting... jangan putus asa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015