Tuesday, May 15, 2012

Terima Kasih cikgu.. 16.05.12

 Assalammualaikum dan selamat malam
bercerita tentang shima di sekolah rendah dan menengah,
shima seorang yang pendiam, memang selalu rasa rendah diri.
tapi secara diam2 sebagai seorang murid, 
shima banyak  membina peribadi dari didikan cikgu2
Kenangan di sekolah rendah,

Terima kasih cikgu 
Cikgu Azizah
masa shima darjah 1,
masa tu cikgu Azizah suruh semua murid lukis muka dia,
masih shima ingat lagi, cikgu ni pakai blouse warna merah, rambut ala2 Alleycats, 
dan ada tahi lalat besar di dagu,
tak sangka lukisan tu dimasukkan dalam satu pertandingan, so cikgu azizah tolong touch upkan... 
he he, confirmlah dapat no 1.
Cikgu Abu Hassan
rasanya cikgu yang paling shima takut masa sekolah rendah.
salah saja buat Matematik, setiap satu soalan kita orang akan dapat pangkat di muka,.. sarjan.. konstabel, inspektor.
cikgu akan calitkan dengan pen merah di pipi... 1 salah 1 calit, bukan sebab tak buat kerja, 
tapi sebab salah buat kerja...huhu
cikgu ni pun ajar subjek lain juga, emm sejarah kalau tak silap, sebab shima pernah kena paaaaaaaaanggggg
dengan buku kat belakang kepala, sebab dikatakan salah tunjuk perenggan masa pelajar lain membaca,
emm rasanya shima dah tunjuk dengan betul.
Cikgu Khalid
seorang guru seni yang banyak mengajar teknik lukisan,
memang shima membina minat terhadap lukisan masa ni.
Cikgu Fatimah
guru kelas dan guru Bahasa Melayu
yang lembut dan tulisan beliau... cantik sangat.
shima rasa shima banyak meniru tulisan beliau, tapi tak lah secantik cikgu ya .

masa di sekolah menengah pula

Cikgu Noraini
yang banyak mengubah kecintaan shima dalam mata pelajaran Matematik,
suka sangat cikgu ni mengajar semasa shima tingkatan 1 dan 2,
 seorang yang agak serius, susah nak senyum, macam shima kot.
Ustazah
shima tak ingat pula namanya, tapi seorang yang tegas, 
yang paling shima ingat ayat beliau,
tak kira siapa, kalau bukan muhrim, awak salam juga, "macam menggenggam bara api neraka".
banyak shima belajar dari ustazah ni, bermaksud yang salah tetap salah,
tak perlu kita cari alasan.
Puan Hendon
guru kelas shima masa tingkatan 4 dan 5.
beliau mengajar subjek Biologi.
shima dapat masuk kelas sains, shima nak tukar ke kelas akaun cikgu ni tak bagi,
so masa dapat result SPM, dia yang bagi keputusan, 
dia kata dengan shima saya kecewa dengan result Bio awak... ngeeeeeeeee
 sebenarnya dah cuba sedaya upaya, tetapi memori mengingat shima... emmm

masih ingat lagi dengan buku ni, seangkatan shima pasti ingat, dulu mana ada calculator kan, so buku ni memang banyak membantu, 
emm dulu formula pun tak diberikan, sekarang semua diberi,,,

walaubagaimanapun cikgu mengajar atau kena denda, semua shima tidak simpan dalam hati.
asam garam seorang pelajar.
bagi shima status CIKGU tu terlalu tinggi.
semuanya telah membentuk peribadi shima  sehingga kini.

walaupun ramai nama yang shima sudah lupa, jasamu tetap dikenang
Terima Kasih Cikgu.
Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya.
AlFatihah untuk cikgu2 shima yang telah pergi bertemu denganNya.

8 comments:

  1. Selamat hari guru buat Kak Shima jugak... :D

    ReplyDelete
  2. Selamat hari guru shima :-)

    ReplyDelete
  3. Kak shima... selamat hari guru...
    Mesti dapat banyak hadiah... hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq yoon
      tak adalah nisa, cikgu garang... + ss, beli sendiri je... gold lagi... golden collection..kih3

      Delete
  4. Slmt hari guru k.shima...
    Klu murid skrg kena paaaannng mcm k.shima dulu, sape yg dtg dulu?...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih salmiza
      emmm kalau sekarang tak tau la nak cakap... kejutkan budak tidur dalam kelas pun dah jadi isu besar... entahlah, buat je yang termampu... :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015