Wednesday, June 27, 2012

Single sweet pink rose


 Assalammualaikum dan selamat malam
masih dengan mood porcelain collection shima,
entry pun kena ikut mood juga kan

 sekuntum mawar pink kemerahan, cawan mulut lebar
 teko posing bersama favourite bunga shima,
 sugar pot yang agak leper
 creamer pun rendang juga
 emm cantiknya bunga ros tiruan shima ni kan, susah nak dapat warna ni ...huhu

 sebenarnya shima taksub dengan bunga tiruan ni, saja snap banyak-banyak, suka

terima kasih kepada kawan yang sudi menjualnya pada shima, mula2 macam nak, lepas tu macam malas, tak nak beli, tapi ada sebab yang baik disebaliknya, shima beli juga.
 
soft, sweet, simple and cute ....
semua ada... ,
macam the new owner, masuk bakul angkat sendiri ya..
he he, seperti biasa edisi ss (syok sendiri)


Tuesday, June 26, 2012

Color me pink

 Assalammualaikum dan selamat petang

soft pink masih menjadi pilihan
suka pada ros budnya yang satu, dan laces gold color disekeliling cawan dan piring
bersama si lentik  creamer
 menumpang kasih bersama rossa cinderella yang baru menjadi penghuni tetap rumah shima
 piring kuih 7"
  masih lagi dalam 1 happy family walaupun mendapat ibu tumpang
 bersama salah satu dulang kegemaran shima
dimana ya...emm di Ikea... cream dan simple
color me pink..ya

Monday, June 25, 2012

Bila daun-daun berguguran

Assalammualaikum dan selamat pagi

semoga semua rakan-rakan sihat hari ni, sebenarnya hari ni akan jadi hari yang panjang untuk shima. Black monday, taklah, happy monday, insyaallah.

nak share set maple yang shima ada, tengah rajin, sebab set ni dah duduk dalam 1 happy family, senang nak snap, 
Set maple

teko yang shima beli beserta 5 set cawan shape A ini, shima dapati di kedai antik, lama dulu,  yang kelakarnya harga teko dan cawan tu lebih murah dari harga creamer dan sugar pot. 
 sugar pot aladin
 creamer aladin
 cawan mulut lebar yang hanya satu
bersama 5 set cawan shape A, dan one happy family.
pinggan shima tak pernah nampak, kecuali mangkuk.
ada sesiapa yang ada piringnya nak share atau jual kat shima.
Shima tunggu

Sunday, June 24, 2012

Sweet pink rose

  Assalammualaikum dan selamat tengahari,

 lama dah tak berkongsi yang porcelain2,
mood menyimpan macam roda, sentiasa berputar, kadang-kadang ke atas, kadang-kadang di bawah.
Kalau dulu semasa membeli, dalam kereta, atau dipejabat pun boleh punggah untuk melihat hasil pembelian,
tapi kini, barang dah sampai 2-3 hari pun nak buka malas, boleh ke begitu.
 
 set siku berlekuk-lekuk
 teko 
sugar pot siku
 creamer
cawan siku berlekuk-lekuk
sugar pot yang dibarter + berbayar, sebab harga barter shima kecil so kenalah tambah RM untuk dapat sugar pot ni.
walaubagaimanapun terimakasih kerana sudi melepaskannya pada kak shima,
sayang sangat.


terima kasih.

Monday, June 18, 2012

Makan pagi dan tan tin tun

 Assalammualaikum dan selamat petang
 breakfast apa ya pagi semalam, hari ini dan esok hari,
ini antara breakfast pagi yang shima suka.
lopez, susah nak dapat yang tradisional, yang balut dengan daun pisang, yang penting kuahnya pekat dan fresh.
nasi berlauk, suka sangat, nampak macam biasa je kan, tapi shima rasa sedap sangat, shima ni suka nasi, pagi petang siang malam, nasi aje... tulah rahsia gebus...
 keow teow goreng basah, nak buar car keow teow tak reti. 
 sejak belajar mendekor ni, shima kumpulkan tin2 yang shima pernah beli, selalunya tin2 ni shima letak merata tempat, ikut keperluan, ada banyak benda dalam tin2 tu, benang, kain dan lain2.  Ada yang beli sendiri dan ada yang kawan bagi, tq kawan2.
 shima campurkan juga dengan koleksi kotak2 yang shima beli
 yang luv2 ni pun kotak juga.
 
Adalah dalam 3 tingkat, cukuplah sampai di sini ya sayang.

Sunday, June 17, 2012

Refresh

Assalammualaikum dan selamat petang,

terima kasih ya kawan2 sudi singgah disini, berkongsi cerita ss (suka-suka atau syok sendiri),
aktiviti dihujung minggu,
kenapa tak merayap kemana-mana ya, tengah bulan, jawapan paling bernas,
hari ni shima buat make over yang dah lama shima nak buat,
recycle, sebab dah janji pada diri sendiri tak mahu beli kain, seboleh2nya
disebabkan dah lama mengidam warna putih, untuk buat alas meja ni,
shima recycled fitted bedsheet yang dah lama. sebab sekarang shima lebih suka guna flat sheet,
so potong ikut contoh kain lama (yang lama ni mak shima yang jahit).

 boleh nampakkan kesan2 kuning, kain putih ni kalau simpan lama mudah ada tompok2 kuning.
belum basuh lagi dan jahit tepi pun belum,
terus guna.

 refresh balik bersama koleksi kesukaan shima
matahari tengah bersinar ni, makeover ditengahari
 ubah-ubahlah ikut kesukaan
 bahagian bawah belum dijahit tepi lagi, tunggulah kalau ada free, baru boleh hantar kedai.
 ni ahli terbaru dalam koleksi shima, kotak2 biru dan pink, sekarang ni shima suka warna macam ni.
 bunga pun tukar yang lain, bunga bilik lain, letak kat bilik ni, bunga dulu,
shima basuh dulu.
supaya mood shima kembali segar juga, 
diharapkan begitu.

sehingga shima menulis lagi,

Saturday, June 9, 2012

 Assalammualaikum dan selamat pagi

teko-teko sihat hari ni
5 roses


 menu petang semalam
 ikan kembung fresh
 emm, rasanya kuraaaaaaaaaaaang umph
tak sesedap kak lang shima masak.
paling sedap, telur separuh masak tu.
bersama teh panas, disebabkab terlalu panas, maka letaklah ais.

 sehingga berjumpa lagi
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015