Wednesday, October 27, 2010

Bila hati sudah suka... semuanya indah sahaja

Assalamualaikum dan selamat malam
penat bekerja seharian dan dirumah yang tak habis2
jom layan koleksi sendiri


belum boleh jadi big "family lagi"... banyak lagi tak cukup, pinggan mungkum haddon hall tu baru kena plastic surgery, cedera semasa dalam perjalanan, 1 keping terbelah 2, dan satu lagi retak menanti belah, sayang sangat... dah rezeki macam tu
la la la la
***
menjadi hiasan meja kerja shima buat sementara waktu ni
papai... dah mengantuk
sweet dream

Sunday, October 24, 2010

Bila hati ada taman...

Assalamualaikum dan selamat malam
semangat pula nak n3, sebab internet laju lah pulak
dan bilik kerja ni dah kemas, kalau tidak macam dilanda garuda
so bolehlah berkarya
watering can ni dah lama shima base coatkan, background color - antique blue, polka dot - rich gold, line - warm white+plum pink

bunga pun sama - plum pink + warmwhite
bunga restart semula, he he dah lama tinggal, so go to the basic

bahagian belakang, love ni rasa macam terbesar, kalau kecil sikit comel kot, dan tulisan My Garden
***
kena warm up balik... :(

Decorate with something you love... Part 1


Assalamualaikum dan selamat bercuti dihujung minggu
hari ni nak share aktiviti shima dan rakan2 pada hari jumaat, lepas balik kerja, kita orang 3 dara pingitan...pergi release tension di IKEA

Ha..ni dua orang office mate shima, suraya..adik dan K Farizal, shima tak ada sbb tukang tangkap gambar... kita orang, isi minyak ikan dulu sebelum berhempas pulas... angkut barang..he he

ni dalam kereta, 3 orang punya barang...baru puas hati,dan suka hati, sebab beli tiada yang larang... amik ko..

Antara barang yang shima beli, tong sampah ni, untuk letak pembalut2 hadiah,
yang ni pulak rak lama, susun balik
Ha, rak ini yang best, harga pun ok, dulu beli 1, tak cukup tambah lagi satu,yang bawah tu pun tong sampah, kecil sikit, siapa suka FA, boleh lukis

Ini meja kerja, mesti ada "X-Files" atau "UFO" kat atas meja tu, tak tau nak letak mana, notice board pun kucar kacir sikit

wording kat atas tu shima tengok dalam internet masa nak makeover bilik kerja shima ni, ini baru siri 1, tengoklah kalau rajin nanti, ada siri 2

kemas jangan tak kemas

Si bujur

Selamat malam,
dah pukul 12.50 tengah malam... saja nak update blog ni, so ni gambar dari komputer je, pemberian adik tasya. dah lama tak dengar cerita, komputer rosak rasanya, dan ramai yang update guna muka buku(FB) je sekarang ni, sebab boleh terus melalui phone, shima ni tak reti nak ber FB, ada account tapi, tak aktif dan tak sempat
,,, huhu

Tuesday, October 19, 2010

Bunga-bunga chenta

Salam semua,
nak share bunga2 chenta, semangat sikit bila tengok dik mus dah banyak buat tu

he he, yang ini, k shima punya bahagian, baru nak start


bunga-bunga chenta dan qaseh serta keikhlasan kawan2 Hexy Game 2009... bertemu disini
k dee, mus, naiz, fida, zura, cik kema, dan tak ketinggalan perancang khis
terima kasih semua... di sini perkenalan bermula
semoga berpanjangan ya
kalau ada kutu hexy lagi, k shima nak joint sama :)

Sunday, October 17, 2010

Jom naik kereta kuda... jangan jalan kaki

Assalammualaikum dan selamat petang semua
penat berjalan-jalan di hujung minggu, shima hari ni lepak je kat rumah dan pergi menghadiri majlis kahwin, itu sahaja aktiviti hari ni, penat juga kalau setiap minggu berjalan (sebenarnya dah tengah bulan, kalau tidak ligat...he he)
***
hari ni nak share dengan kawan2 yang sama minat
pinggan corak scenery pulak, dulu first time shima tengok gambar scenery ni, teringat di Hankyu Jaya, chow kit road, canggih shopping complex bagi shima pada masa tu, senang je jalan kaki dari kg baru, sekarang dah tutup, kenapa tak beli, masa tu muda belia sangat, suka koleksi yang kecil2 je.
rasanya dah tau kan beli kat mana, cantik sangat pinggan2 ni bagi shima
walaupun retak seribu, pinggan lama jenis ni memang macam tu.


shima gabungkan dengan cawan dan teko homestead yang beli dengan orang Perak

Corak pada teko

Corak pada tepi piring... sweetkan
Corak pada pinggan
***
orang dulu-dulu memang pengangkutan kereta kuda... he he kat negera sanalah, teringat pulak cerita "LITTLE HOUSE IN THE PRARIE"
***
oklah, tu je kenangan yang nak diceritakan petang ni...
tapi pssst,,, kalau dapat teko cawan dan tureen atau oval platter yang sewaktu dengannya, beritahulah shima
boleh leleh airmata...kegumbiraan
papai


Wednesday, October 13, 2010

Selamatkan Bumi Hijau

Assalamualaikum dan selamat malam semua

ada 3 jenis teko, bulat, aladin dan siku tapi tudung semua jenis bulat
ada 8 set cawan ML sebenarnya

piring kuih ada 2 keping je (tak leh beli lengkap... kopak ma)
***
Ramai betul penyelamat bumi hijau ni.. chah, aidamn, aina, dan otai2 lain yang memang dah lengkap, tak payah sebut nama, semua dah tau kan.
so memang terselamat semua dan susah nak jumpa
poket pun selamat juga
***
bila bercerita tentang hijau ni, shima teringat masa berada di MPPM dulu, masa pelajaran Alam Sekitar, seorang cikgu berbangsa India, ala-ala wajah "Jacklyn Victor" lagi.. tu pernah tanya setiap orang pelajar tentang soalan am berkaitan alam sekitar, tapi soalannya berbentuk begini, awak hendak berapa orang anak... (shima dah dengar kawan2 berbisik, ckg itu soalan sensitif, dia belum kahwin lagi). tapi shima selamba jawab... seramai yang boleh .. he he dengan confidentnya... tapi jawapan tu salah pulak...rupanya dia nak jawapan biar anak sikit, tapi berkualiti (macam tulah pulak)
***
soalan ke2 pula, apa yang awak boleh buat untuk menyelamatkan bumi, shima jawap pulak nak tanam pokok kat rumah saya..tapi sekarang boleh tanam pokok kecil je,, sebab kawasan rumah kecil je...kalau rumah bungalow ke tanah lot ke..boleh tanam pokok besar kan (alasan ke)
***
tapi ada kawan2 yg jawap, tak nak guna aircond, tak nak guna spray, nak naik kenderaan awam dll... tapi cikgu shima cakap jangan janji apa yang kita tak boleh buat... huhu betul tu (salah jawap lagi)
***
so macam mana, sanggupkah kita hanya menggunakan pinggan2 porcelain saja dan menggantikan pinggan & cawan pakai buang, atau pakaikan anak lampin kain dari pampers yang memang akan memakan berjuta tahun untuk lupus.
tepuk dada tanya selera (alasan kita manusia biasakan-he he itu alasan shima)
***
kalau fakta salah tolong betulkan ya, semangat tengah berkobar-kobar ni
SELAMATKAN BUMI KITA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015