Tuesday, January 31, 2012

Stitchers - Part 2

Assalammualaikum dan selamat petang
shima disini masih mengimbau kenangan lama untuk dikongsi dengan peminat2 xstich.
so kita layan gambar ni ya...

sebahagian gambar potret.. anakanda YM Tengku ...
rasanya teknik ni guna software komputer

my fav... huhu, tak jumpa gambar ni masa tu, sesape ada tak ...
Cross stitch forever
Housework whenever

rasanya cantik kalau diletakkan di tempat kita menjahit, baru semangat

gambar buah, suka sangat
sepatutnya pattern gambar ni warna, tapi shima tercopy yang hitam putih
so takleh lah buat
nilah akibat nak cepat sangat... huhu

gambar didepan cermin kedai
open,
nilah sedih sangat ni
shima sampai di kedai ni dalam 10-15 minit kedai ni nak tutup...dah dekat pukul 6.00 pm.... huwaaaaaaaa
pergi pun dah lambat, sampai call hotel suruh jangan cancel booking,
sebabnya husband shima tak jumpa jalan, kita orang dah nampak dah Shahzan Inn tu
tapi disebabkan jalan sehala dan ada jalan tutup sebab ada pasar malam...
terus tak jumpa jalan nak hala ke situ,
penyudahnya, dia berhentikan shima kat tepi jalan, shima melintas dan terus jalan kaki ke shahzan inn ni, dah tak sabor rasanya..asyik pusing2 aje.

alhamdullillah, kakak dan adik yang kerja di sana sangat baik,
dia tau shima datang dari jauh... so dia kata tak apa... sementara dia mengemas,
tapi faham2 jelah kan, kesuntukan masa. nak selongkar pun dah tak sempat.



closed
tengok mata shima....
he he bergerak 360 darjah,
monchong kat mulut tu boleh sangkut hanger rasanya,
geram juga masa tu, tak sempat nak mengirai,
tapi control ayu je,
tak nak hilang mood


gambar di atas ni husband shima just snap masa jumpa dalam kedai
rasanya aktiviti YM Tengku Puan, sebab sofa ni memang terletak diluar kedai Stitchers tu.

so, rasanya kalau siapa tak gi lagi
boleh juga singgah breakfast/lunch kat cafe dalam shahzan inn ni,
sebab kat dalam cafe tu, ada xstitch hasil YM Tengku Ampuan yang dipamerkan,
siap signature lagi
cantik2, masa tu shima dah suruh husband snap, dia pun segan, sebab ramai orang tengah makan, nyesal pula tak snap gambar xs dalam cafe tu.


jutaan terimakasih yang tak terhingga juga kepada YM Tengku,
kerana sudi berkongsi craft ni dengan peminat xs

bilalah nak gi lagi ya..

huhu

6 comments:

  1. Gmbr TPP tue dia tgh buat class CS... ;) dia akan ajar teknik2...dan TPP mmg teliti dan cerewet... CS dia sgt kemas, lagi2 kat blkg tue... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. na
      oh camtu, kak shima tau yang memang TPP ada group, tapi aktiviti tak pernah tanya..ingatkan masing2 buat cs je

      Delete
  2. kak shima, jom kita kumpul duit bukak kedai cross stitch... hahaha berangan... angan2 yang terindah... nak buat camne... kedai cross stitch makin lama makin pupus... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nisa
      kalau kita buka kedai cross stitch, tak sempat nak jual. kita beli sendiri je... he he, tapi ok juga kan kalau rajin, kak shima rasa nisa boleh buka dulu... caiyoo nisa

      Delete
  3. Nak buat camne, kain cs pun makin lama, makin mahal. Suka tengok gambar-gambar tu semua, kak Shima. sayang betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yati
      betul tu..... sayang, tapi gambar pengubat rindu je..huhu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015