Tuesday, February 7, 2012

If... 20 years ago

Assalammualaikum dan selamat petang

buat apa hari ni ya, shima di sini cuti, tapi rasanya dari pagi tak buat apa2...
kecuali rutin harian,
cross stitch yang sempat shima pegang, patternnya mudah saja, banyak half stitch,
if 20 years back,
shima buat benda ni mesti cepat siap .... sekarang, emmmm
orang kata tak elok cakap kalau...
so shima tukar jadi
if ...
adil tak.

sambil tu jom layan apa yang shima beli untuk garden kecik kenot shima sempena cuti minggu ni.
lepas gi kenduri ahad lepas, pelawaan ke sungai buloh shima tak tolak,
kami pernah pergi 2 minggu yang lepas, tak jumpa pun kedai bunga,
pembangunan pesat... he he, macam lama tak keluar je.

shima suka pokok berbunga, mak shima suka pokok hijau sebab senang jaga

pokok bunga blue/puprle ni dah kali kedua shima beli,
dulu dah uzur sangat so, jalan mudah cantas

yang bunga gantung ni pun sama, cepat betul umur persaraannya, kali ke 3 shima beli sejak kenal bunga ni,
ikut orang yang jaga, kalau rajin panjanglah umurnya, kalau tak...
sayonara

tujuan ke sg buluh sebenarnya nak cari pasu ganti pasu pokok ni,
kawan shima bagi, dah lama pasunya pecah tak berkesempatan nak ganti

kenangan... emm rajinnya
shian pokok kat atas ni, macam tunggu masa je
pokok pudina ni mak shima yang tanam

sama juga dengan pokok menjalar bunga merah ni, penanaman semula dilakukan,
mak shima juga tanam, nak tunggu anak dan menantunya,,he he lambat.
cepat betul subur, tangan mak shima sejuk... alasan yang shima bagi.


so hingga shima menulis lagi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015