Sunday, April 29, 2012

ezema, psoriatic arthritis, 4ti and me

 Assalammualaikum dan selamat malam

emm tajuk apa ya yang shima letakkan ni,
shima ingatkan shima hanya terkena ezema, 
rupanya up sikit dari itu, psoriatic arthritis,
tiada ubat, hanya penahan sakit, tapi alhamdullillah, janganlah terkena penyakit lain,
ini penyakit keturunan shima rasa, sebab emak dan abang shima memang menghadapinya.
sebab tu sejak 2-3 tahun ni, memang ada juga bengkak kat sendi2, tak boleh menulis pun ada.
tapi doktor kata jangan stress sebab ia salah satu faktor
...huwaaaaaaa...
 kerjaya shima memang stress, dan kena turun tangga naik tangga...sepanjang masa kena berdiri.... .

berjumpa doktor pakar pun kadang2 mengambil masa yang lama sampai 2 jam setengah,
emm ni lah shima malas nak gi hospital... kadang2 terkeluar juga soalan cepu emas... "doktor ada operate2 ke"... benda yang paling shima takut..ngeeeeeee... kadang2 rasa macam budak2 pulak...
sebab tu orang tua malas nak gi jumpa doktor kan, 
shima pun sama....

Alhamdullillah sabtu semalam tak kerja,  edisi mengemas rumah
seperti biasa shima memang banyak membeli benda-benda yang tak perlu,
salah satunya ialah bunga getah ni, hampir satu beg plastik besar shima terjumpa bila mengemas stor.

jadi shima cacakkan sahaja ditempat-tempat yang rasanya kosong... kosongkah, rasanya dah padat.
mengubah bunga shima memang tak pandai

warna cream

 warna pink masam

 warna purple masam


yang ni pula edisi apron comel
untuk budak kecil.
kawan2 ada kirim apron kat shima, tapi sayang dah 3 minggu shima pergi ke pasar pagi,
stok tak sampai, anak murid shima yang jual tu... Nurul, dia kata sampai Penang cari stok dah habis,
mungkin ramai yang dah beli, sebab harganya yang murah, 
masa shima tanya tu ramai juga pembantu-pembantu kedai yang tengah beli apron ni.
Cuma tinggal yang dah berkarat aje.

 Shima selitkan bunga ready made.

 cuba warna lain sangkut kat leher pulak.
ni namanya ada kerja banyak..... gi tambah kerja lain


sehingga melulis lagi.
selamat berkraf dan mendekor rumah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015