Friday, December 14, 2012

Pulau Mutiara

 Assalammualaikum
pulau mutiara akhirnya dapat juga shima jejaki buat pertama kalinya, tarikh... emm nantilah shima check, sebenarnya bercadang hanya ingin pergi ke ipoh untuk mengambil barang, disebabkan orang yang hendak dijumpai tiada, so en somi ajak terus gi ke P Pinang, sebab dah lama shima merengek nak gi ke sana.  Maklumlah shima ni susah nak gi jalan2.
 so jambatan Pulau Pinang ni menjadi saksi.
layan jelah ya gambar orang first time naik jambatan PP.




 ni pula di Pantai Miami, emm banyak nama orang puteh kat sini,
 ada yang menjala dan memancing ikan, rehat sebentar untuk makan tengahari, shima dan en somi ingin menjejaki, Pantai Batu Feringgi, yang ni kot, tak taulah sederet pantai, peta semua tak bawa, sebab tak merancang pun nak pergi, sesat pun ada, tapi sampai juga ke Komtar, mercu tanda PP...
makan di tepi Pantai Miami, tengok burung makan kelapa muda.
 Padang Kota Lama ni pun secara kebetulan, ingat2 balik tempat sejarah, kebetulan nampak signboard,,, singgah sebentar untuk minum petang, tapi tak lalu lah pulak nak makan.
 ni pun jumpa secara kebetulan , lalu di tepi pantai Padang Kota Lama ni, tengok2 ramai orang, rupanya tempat bersejarah Fort Cornwallis. Sejarahnya boleh dibaca di sini.
tak sempat masuk pun dah petang hampir 6.30 petang, sampai pun dalam pukul 1.00 tengahari, kiranya memang pecut, masa nak balik baru ternampak signboard rumah P Ramlee... tak sempat pun nak pergi,
In Shaa Allah,,, satu hari nanti pasti shima akan jejaki kembali.

seronok juga pergi tanpa di rancang, sebab fokus jalan2 sahaja, tiada agenda lain, Lorong Kulit dah balik ke sini baru shima tau wujud... huhu

terima kasih chenta

2 comments:

  1. salam kak shima...seronok p jalan2 kan...sya walaupun selalu p sana dan penah dok sana...tp sampai lani pun teringin nak p penang...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mualaikumsalam sya, memang cantik PP ni kan, kak shima pun rasa nak gi lagi... huhu, banyak tempat belum singgah.... ^-^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015