Sunday, March 9, 2014

Susun atur ruang keluarga aka tempat lepak


Assalammualaikum
menyahut cabaran mengemas ruang keluarga, atau lebih sesuai dengan ruang lepak bagi shima dengan en somi, sebab shima yang tukang sepah....since kami berdua sahaja


sebelum
memang ini tempat shima buat kerja2 kraf dan semua kerja sek. dah hampir seminggu macam ni.
terukkan, pejam mata jelah.... member kat sebelah dah lama tegur..
ruang keluarga kita orang berdua ni sebelah bilik bobom, sebenarnya ia bilik utama tapi dipecahkan dengan bilik ke2 so, jadi 1 bilik, macam studiolah.
masa renovate dulu, mak shima yang suruh pecahkan, sebab tempat solat kecik je, kalau bilik asal, en somi tak setuju masa tu, sebab shima yang jadi ketua kontraktor, shima ikut cakap mak shima.... ngeeeeee

dah lama shima tak tukar sarung sofa ni
shima tukar pada malam hari, hampir pukul 1 pagi, yang lain tak sempat nak buat,
shima sambung hari berikutnya, lap tempat tv, alas meja bulat tukar, lap frame gambar, buang habuk
selepas... taraaaaaaaa
shima suka letak throw atau blanket belakang sofa ni, sebab tahan sikit, bila berbau, basuh je blanket tu, sebabnya balik kerja terus duduk kat sini, kalau tertido pun kat sini, tempat ngajuk pun kat sini juga, huhu

nak kemas ok sebenarnya, nak maintain tu yang susah sikit
wish me luck

Salam sayang

13 comments:

  1. OK, like 100X.
    yg letak kt lantai mmg khas dipanggil karpet atau lapik kt atas katil tu, apa nama ntah?
    sarung sofa buat sendiri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nabila, quilt tu memang untuk carpet ... ada bebola getah kat belakang quilt tu, supaya tak bergerak, memang sedap kalau duduk... sarung sofa,,, tu... tempah je.... heeeeeeeee

      Delete
  2. wahhh sukanya carpet tu... cadar kan... dah lama nak beli... tapi simpan je dulu hasrat hati.... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. carpet ni memang untuk carpet suri, tapi boleh juga buat cadar, cuma, kalau untuk carpet, ada bebola getah yang kecil kat bawah tu, supaya carpet tak bergerak... tak apa suri, pelan2.... beli, sikit2.,,, macam kak shima juga

      Delete
  3. kak shima yg file extension tu nti iols konfem beli iols emel ok....;)

    tang quilt ni pun homeyyy sgt...suka thk mcm cozy je gitu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok,, apa2 nanti roger ya,,, he he,, kak shima memang suka quilt2 ni ;) tq

      Delete
  4. kak shima.. best la sofa akak.. boleh ganti2 sarung.. luas ruang akak ni...
    nak maintain mmg payah kak.. mmg kena kuat semangat.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu zila, kak shima rasa beli sofa ni berbaloi, dah hampir 9 tahun pakai,,,, tempat tido juga, masih ok... boleh salin sebab sofa ni sofa kain :)

      yap... maintain tu kena rajin letak di tempatnya semula... tapi kalau barang2 kraf, benang letak semula kat tempat dia,,,jawabnya tak buatlah...huhu

      Delete
  5. Kak Shima, Yati setuju ayat terakhir tu. Nak kemas ok, nak maintain tu yang susah.
    Dengan 3 boys kat rumah ni, yati give up dah. Bila orang call nak mai baru yati kemas. Kalau tetamu datang tiba-tiba, harap dapat terima ruang seadanya. Hik hik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yati kalau ada 3 boys tu biarlah... bila kita rasa nak kemas baru kemas, kalau tak nanti pressure... budak2 pun pressure juga nanti... he he biar dia orang enjoy... emmm

      selalunya orang akan faham... yang tak faham tu kak shima pun tak tahu... he he
      sebab rumah kak shima ni pun tak ada bebudak kadang2 sepah juga, kemas ikut mood... ngeeeeeee

      Delete
  6. salam kenal... boleh kongsi tak brapa kos tempah sarung sofa

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal mija,,, dah lama tu 5 tahun yang lepas dalamRM300, tapi kain sendiri,,,

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015